Description
Apa Yang Terkandung Di Dalam Ebook Panduan Bisnes Lazada Ini?
Dalam ebook panduan ini, saya dah tulis dan tunjukkan siap-siap. Secara langkah demi langkah, dari mula daftar akaun di Lazada, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada cara nak pos barang tu kepada pembeli!
Ia memang complete! Antara perkara-perkara penting yang saya tulis di dalam ebook ini ialah..
Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada
Saya tunjukkan langkah demi langkah secara bergambar, bagaimana untuk mendaftar dengan betul untuk menjadi penjual di Lazada.
Cara Listing Produk Yang Tepat!
Ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk menyenaraikan produk anda di website Lazada. Dalam ebook ini, saya tunjukkan secara bergambar step-by-step bagaimana melakukannya. Ada beberapa bahagian penting yang perlu anda titik beratkan sewaktu membuat penyenaraian barangan anda. Jika anda tidak "cakna" tentang perkara ini, anda mungkin akan mengalami kerugian!
Cara Proses Order!
Ah ha! Mungkin bunyi macam mudah... Apa yang susahnya? Bila dah dapat order... hantar sahajalah barang tu kepada customer! Tapi... Disinilah kesilapan yang telah saya lakukan dan menyebabkan saya kerugian RM500 untuk order pertama yang saya terima di Lazada! Semuanya hanya disebabkan saya terlupa klik satu "Link" pada bahagian memproses tempahan ini!
Cara Selesaikan Masalah Pelanggan!
Ya! Setelah anda berjaya menjual kepada ramai orang, pastinya akan wujud satu dua masalah yang perlu anda hadapi! Antaranya seperti barangan tidak sampai kepada pelanggan, barang rosak apabila sampai ke tangan pelanggan dan sebagainya! Jadi, ada satu bab dalam ebook ini saya ceritakan, bagaimana untuk menangani masalah tersebut dengan profesional.
Cara Promosi Produk Anda Di Lazada!
Walaupun di Lazada sudah ada berjuta pelawat sebulan, tetapi anda juga perlu lakukan sedikit promosi agar barang anda dapat menarik perhatian pembeli dan membolehkan barangan anda terjual dengan lebih cepat dan lebih banyak. Pihak Lazada sudah menyediakan 7 tools yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan barangan anda! Saya tunjukkan setiap satu cara menggunakannya!
Cara Design Lazada Store Anda!
Susunatur kedai yang cantik dan kelihatan profesional akan membantu Lazada store anda untuk lebih menonjol berbanding kedai lain. Ia juga akan mempengaruhi keyakinan pelanggan untuk membeli di kedai anda! Saya tunjukkan juga bagaimana cara untuk melakukannya!
Cara Promosi Lazada Store Anda!
Ada 7 cara yang boleh anda lakukan untuk mempromosikan kedai Lazada anda! Semuanya dilakukan secara Percuma sahaja!
Sumber Borong Produk
Ada beberapa tempat dan website yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber produk secara borong! Saya kongsikan sumber tersebut
Cara Jual Produk Secara Dropship!
Ah ha! Nak jual produk secara Dropship di Lazada ni ada lain sikit! Tak sama seperti anda menjual produk dropship di Shopee, Facebook ataupun Instagram! Dalam panduan ini, ada satu bab khusus, saya tunjukkan cara yang sebetulnya... bagaimana mahu menjual produk secara dropship di Lazada!
Berminat Nak Dapatkan Ebook Panduan Ini?
Ops! Sebelum itu! Saya minta maaf terlebih dahulu dan saya mahu berterus-terang dengan anda! Ebook ini bukanlah sesuai untuk semua orang... Antara orang yang tidak sesuai untuk mendapatkan ebook ini ialah.
Orang Yang Sudah Lama Berniaga Di Lazada!
Ya! Jika anda sudah lama berniaga di Lazada, ebook ini mungkin kurang sesuai untuk anda! Anda mungkin sudah selesa dan gembira dengan teknik yang anda gunakan! Jadi anda tidak perlu dapatkan ebook ini! .
Orang Yang Tidak Pernah Membeli Di Lazada
Untuk menjadi seorang penjual di Lazada, maka, anda perlu percaya pada platform Lazada ini dan perlu mempunyai pengalaman membeli di Lazada terlebih dahulu. Jika anda tidak pernah membeli di Lazada sama ada sebab "takut ditipu" atau sebab "tidak faham" cara membeli di Lazada. Anda perlu buang dahulu perasaan takut itu dan perlu belajar dahulu cara membeli. Jika "cara membeli" pun anda tidak faham, maka, anda pasti tidak akan faham "cara menjual", kerana "cara menjual" adalah 10x ganda lebih rumit dari "cara membeli".
Orang Yang Langsung Tiada Sebarang Idea / Produk Untuk Dijual!
Jika anda masih belum mempunyai sebarang produk atau langsung tiada sebarang idea mahu menjual apa? Anda juga tidak digalakkan mendapatkan ebook ini! Saya sarankan anda download dulu ebook "6 Website Supplier" dibawah dan dapatkan dahulu idea atau produk yang mahu dijual! Kemudian, baru dapatkan ebook panduan bisnes lazada ini!
Reviews
There are no reviews yet.