Sale!

JUTAWAN HOMESTAY

RM150.00

BUY NOW

Categories: ,

Description

Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?
Di dalam ebook ini, saya pecahkan kepada 6 bahagian. Iaitu...
1. Bahagian Pemilihan & Pemilikan Homestay
2. Bahagian Mempersiapkan Homestay
3. Bahagian Pemasaran Homestay
4. Bahagian Pelanggan Check-in
5. Bahagian Pelanggan Check-out
6. Bahagian Mengembangkan Bisnes Homestay

Setiap bahagian pula terbahagi kepada beberapa bab. Secara keseluruhan, ebook ini mengandungi 27 Bab kesemuanya dengan jumlah mukasurat sebanyak 115 mukasurat. Ianya sangat padat dan lengkap.

Antara perkara yang disentuh di dalam ebook ini ialah seperti :-
Bahagian 1 : Pemiilihan & Pemilikan Homestay
Tips pemilihan jenis homestay! Tahukah anda, sebenarnya ada 6 jenis hartanah yang boleh anda buat menjadi homestay! Saya kongsikan setiap kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis hartanah tersebut!
Tips pemilihan lokasi! Ada 11 faktor yang akan menjadikan lokasi homestay anda HOT! Ketahui faktor-faktor ini!
Teknik mengenalpasti permintaan pelanggan terhadap homestay pada satu-satu kawasan. Ini adalah sangat penting sebelum anda mengambil langkah besar membeli apa-apa hartanah untuk dibuat homestay!
Bagaimana menjalankan bisnes homestay tanpa perlu anda keluar modal yang besar membeli hartanah! Ada 2 cara, saya kongsikan dalam ebook ini!
Berapa kos permulaan dan kos operasi untuk menjalankan bisnes homestay? Saya ada senaraikan semua kos-kos yang terlibat beserta anggarannya!
Saya sharekan juga formula pengiraan titik pulang modal (Return On Investment) untuk mengetahui, berapa lamakah tempoh yang perlu diambil untuk anda mula menjana keuntungan selepas anda mengeluarkan modal menjalankan bisnes homestay ini!

Bahagian 2 : Penyediaan Homestay
Bagaimana pula menghias homestay agar nampak ekslusif? Ada 4 tema yang boleh anda gunakan untuk menghias homestay anda!
Saya kongsikan 6 langkah mudah untuk mempersiapkan homestay anda mengikut bajet yang ditetapkan.
Apakah barang asas yang perlu ada dan barang sampingan yang mesti ada untuk menaikkan nilai sewaan homestay anda? Semuanya sudah saya senaraikan di dalam bahagian ini!
Lepas dah tahu barang yang perlu dibeli.. di mana pula nak beli barang-barang tersebut dengan harga yang berpatutan?
Macam mana nak kira dan letak harga sewaan homestay? Ada 4 langkah yang perlu anda lakukan untuk menentapkan harga yang berpatutan pada homestay anda! Malah saya berikan juga FORMULA kiraan harga yang tepat!
Lepas homestay dah siap! Kena ambil gambar pula! Tapi.. itupun ada teknik dan rahsianya! Saya kongsikan 5 tips mendapatkan gambar yang memukau untuk homestay anda
Apa pula dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menjalankan bisnes homestay? Ada 7 dokumen wajib yang perlu anda sediakan! Saya bukan sekadar huraikan penggunaan setiap dokumen! Malah saya berikan sekali template untuk dokumen tersebut!

Bahagian 3 : Pemasaran Homestay
Bab pemasaran pula! Macam mana nak buat? Dalam ebook ini.. saya tunjukkan 9 cara yang boleh anda lakukan untuk mempromosi homestay anda!
Saya kongsikan 30 website yang boleh anda gunakan untuk promosikan homestay anda!
Dari 30 website diatas, saya huraikan secara detail, 3 website yang paling utama. Apakah kelebihan dan kekurangan bagi setiap website tersebut!
Dalam bahagian in juga, saya tunjukkan secara step-by-step (secara bergambar) bagaimana untuk menyenaraikan homestay anda di tiga website paling utama ini!
Lebih menarik, saya sharekan link pendaftaran di website Booking.com yang boleh menjimatkan anda dari dikenakan bayaran komisyen untuk 5 tempahan pertama yang anda terima menerusi website tersebut.
Antara perkara paling utama dalam bab pemasaran ialah mempunyai database prospek & pelanggan! Saya tunjukkan kepada anda, bagaimana anda boleh membina senarai database anda dengan mudah! Dengan database ini, ianya membolehkan anda mendapatkan tempahan berulang-ulangkali dari pelanggan yang sama!
Ada satu bab khas! Saya share teknik menjual homestay anda menggunakan WhatsApp.. siap dengan template ayat-ayat sekali saya beri! Anda cuma tinggal copy & paste sahaja!

Bahagian 4 : Menyambut Tetamu Check-in
Lepas dah promote dan dapat tempahan... masa untuk sambut tetamu check-in pula. Jadi, saya tunjukkan macam mana cara nak sambut dan serah kunci yang efektif kepada tetamu homestay anda!
Saya sharekan juga teknik penyerahan kunci tanpa perlu anda bertemu dengan tetamu anda. Kaedah ini dipanggal "Self Check-in!".
Pelanggan ni memang ada bermacam-macam ragam... ada yang nak check-in awal tapi check-out lewat.. ada yang dah tempah tapi cancel last minit.. ada yang kata nak datang berdua.. sekali sampai di homestay dekat 10 orang..! Macam mana nak tangani karenah-karenah pelanggan seperti ini? Ada saya kongsikan di dalam satu bab khas tentang karenah pelanggan.
Bab deposit keselamatan.. perlukah minta? berapa nak minta? bagaimana nak minta? dan bila ia perlu dipulangkan kepada pelanggan? Ada saya ceritakan dalam satu bab khusus mengenai perkara ini.
Review yang positif untuk homestay anda adalah sangat penting! Jadi, saya kongsikan juga tips dan cara berinteraksi dengan tetamu homestay anda agar mereka sentiasa berasa gembira sepanjang menginap di homestay anda! Bila mereka gembira, sudah pastinya mereka akan tinggalkan review yang sangat positif!
Bagaimana pula jika ada pelanggan yang ingin menempah untuk tempoh yang panjang? 1-2 bulan? Berapa pula nak caj? Adakah ikut kiraan hari? Saya kongsikan cara berurusan dengan pelanggan yang mahu sewa homestay anda dalam tempoh yang lama!

Bahagian 5 : Selepas Pelanggan Check-out!
Selepas pelanggan dah check-out, rumah homestay perlu diselenggara dan dicuci. Apa yang perlu dicuci? Apa yang perlu diselenggara? Berapa kos dan kekerapannya? Saya turut kongsikan di dalam ebook ini.
Kerosakan kecil usah dipandang ringan. Saya pernah diberikan mendapat review yang negatif dari pelanggan hanya disebabkan oleh laci kabinet sukar untuk dibuka! Jadi, amat penting untuk kita membuat pembaikan dan penyelengaraan segera!
Di bahagian akhir ebook ini, saya kongsikan carta alir lengkap proses pengurusan homestay serta penggunaan borang & dokumen dari mula mendapat tempahan hinggalah sampai pelanggan checkout! Anda hanya perlu ikut sahaja gerak kerja carta aliran ini untuk mengurus homestay anda dengan sistematik dan lancar!

Bahagian 6 : Mengembangkan Bisnes Homestay
Dibahagian terakhir ini saya berkongsikan tips dan strategi bagaimana untuk menambah cawangan dan mengembangkan bisnes homestay!
Ada 2 strategi mengembangkan bisnes homestay! Saya kongsikan ia dalam bab terakhir ebook ini!
Banyak betul info-info serta ilmu pengurusan homestay yang saya tuliskan di dalam ebook ini! Saya pasti, ianya akan dapat membantu anda mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana memulakan dan menguruskan homestay dengan lebih berjaya dan lancar!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “JUTAWAN HOMESTAY”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ebook valley all right reserved 2022
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram